Monday 31 December 2012

Goodbye 2012 :)

2012 merupakan tahun yang banyak mengajar aku erti kehidupan..kehidupan yang sangat2 mencabar..dan juga pengalaman yg mendewasakan kita..2012 mengajar aku apa erti tentang jatuh bangunnya sesebuah kehidupan dan disitu aku mencari kekuatan di sebalik kegagalan..terlalu banyak rasanya peristiwa yang berlaku pada aku sepanjang 2012..tidak kira suka mahupun duka..aku bukan mengeluh tetapi akan aku jadikan ia sebagai kekuatan untuk aku terus bangkit dan memajukan diri..semua itu akan aku jadikan kenangan sepanjang hidup..syukur alhamdulillah kerana aku masih diberi nafas dan peluang untuk terus berada di bumi ini..sedikit sebanyak semoga kita semua mampu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri.. harapan aku semoga tahun 2013 mampu memberikan sinar kebahagiaan kepada aku dan juga keluarga..INSYAALLAH...

" Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.
Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. :)"

No comments:

Post a Comment